Patutlah orang percaya vape bagus untuk perokok, ahli farmasi ini dedah banyak kajian ‘bias’ ditaja industri rokok

Oleh KIM SYAZIE

Perasan tak sekarang ini ramai yang mula beralih kepada vape dan menganggap vape adalah alat yang selamat untuk membantu perokok mengurangkan ketagihan mereka terhadap bahan bakar tembakau.

Namun pernah tak anda tertanya dari mana sebenarnya datang idea ini? Betul ke fakta yang diperkatakan orang ramai selama ini.

Seorang ahli farmasi yang dikenali sebagai Fahmi Hassan mendedahkan sebenarnya idea yang mengatakan vape ini selamat dan bagus, ternyata datang dari terbitan kajian saintifik yang majoritinya ditaja oleh industri rokok dan vape sendiri.

Dia menerusi ciapan di Twitter memberitahu, syarikat-syarikat ini bebelanja puluhan malah ratusan ribu ringgit untuk menjalankan kajian yang menunjukkan keputusan baik terhadap mereka.

Buktinya adalah apabila analisa artikel yang diterbitkan dilakukan, jelas menunjukkan kajian yang ditaja akan menunjukkan kesan baik.

“Kajian-kajian individu dari mereka yang tidak berkepentingan dalam industri ini menunjukkan vape tidaklah kurang berbahaya berbanding rokok.

“Namun begitu, kajian mereka tidak diangkat dan dipromosi kerana tidak popular.

“Kajian-kajian berat sebelah ini akhirnya dipromosi secara meluas terutamanya kepada pembuat-pembuat polisi di seluruh dunia.

“Ini menyebabkan negara yang mengambil langkah berhati-hati dalam mengawal vape dianggap sebagai tidak mengikuti arus,” jelasnya.

Pada masa sama, Fahmi menasihati agar orang ramai lebih berhati hati agar tidak terpengaruh dengan desakan dari mereka yang jelas ada kepentingan dalam isu ini.

Bahkan orang ramai juga perlu kritikal dengan kajian yang ditaja seperti itu kerana percaya vape dan rokok sama-sama menyumbang kepada punca ketagihan.

“Kita bertanggungjawab untuk memastikan generasi akan datang adalah generasi yang terlindung dari bahaya asap tembakau, tidak kira dari rokok, vape, shisha, curut,” tulisnya.

Antara kajian bias yang disertakan

Baca juga: Pakar Usuluddin, pemikiran Islam Prof Mohamad Kamil meninggal dunia

Baca juga: Tiket konsert Dewa 19 licin dalam tempoh sejam, ustaz Pas tegur kenapa majlis ilmu percuma tak rasa teruja?

Baca juga: Kecoh parcel dilelong tanpa kebenaran, rupanya kurier ada hak lelong jika tidak dituntut lebih 6 bulan?

Baca juga: 15 tahun bela ayam, petani terkejut jumpa anak ayam ada 4 kaki dan 2 punggung