Patutlah ramai pakai kereta elektrik, ini kelebihannya selain tak perlu bayar cukai jalan

Oleh WAN SITI AMINAH

Kebelakangan ini, model kereta elektrik atau EV semakin popular dan berjaya meraih ramai peminat di kalangan pengguna automatif di Malaysia.

Tidak hanya dibina dengan reka bentuk yang menarik, kelebihan daripada segi teknologi juga menjadi punca peminat mula beralih kepada kereta elektrik.

Khusus buat peminat yang perlukan bantuan untuk membuat pertimbangan sebelum membeli kereta elektrik, ini senarai 5 kelebihan EV berbanding kereta biasa.

1. Penjimatan kos penyelenggaraan

Tidak seperti kenderaan biasa, pemilik EV boleh menjimatkan perbelanjaan mereka kereta kereta itu tidak perlu diselenggara secara berkala.

Hal ini kerana, kereta elektrik boleh berfungsi dengan baik tanpa perlu menukar komponen kereta, menyalin minyak enjin dan minyak gear.

Percaya atau tidak, pemandu kenderaan jenis EV hanya dinasihatkan untuk membawa kereta mereka ke pusat pemeriksaan di setiap 15 ribu kilometer (km) perjalanan.

2. Tidak terjejas dengan kenaikan harga minyak

Hanya bergantung kepada cas elektrik dan kapasiti bateri, pemilik EV langsung tidak perlu runsing akan masalah kenaikan harga minyak dunia.

Malah, stesen pengecasan percuma juga banyak dibangunkan di sekitar Malaysia khusus untuk pemilik kereta elektrik seperti di pusat beli belah dan hotel mewah.

3. Tidak perlu membayar cukai jalan

Difahamkan, pemilik kenderaan EV diberi kelonggaran oleh kerajaan untuk tidak membayar cukai jalan sehingga setahun yang akan datang iaitu pada 2025.

Hanya dikenakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST), pengguna kereta elektrik juga tidak tertakluk pada cukai import sehingga tahun tahun hadapan.

Malah, pemilik kenderaan EV yang dipasang di Malaysia seperti Volvo XC 40 juga tidak perlu membayar duti eksais dan juga SST.

4. Tiada pencemaran alam sekitar

Tidak menggunakan enjin untuk bergerak, kereta elektrik langsung tidak mengeluarkan asap dan juga gas berbahaya seperti karbon dioksida.

Ketiadaan enjin juga membenarkan kenderaan ini untuk bergerak lancar dan senyap tanpa mengakibatkan pencemaran bunyi pada alam sekitar.

5. Boleh menjana kuasa elektrik

Kereta elektrik yang berada di pasaran umumnya dilengkapi dengan soket yang mampu menjana kuasa elektrik bagi kegunaan pemilik.

Selain mengecas telefon bimbit, kuasa elektrik yang dibekalkan soket ini dikatakan cukup untuk menghidupkan peralatan rumah seperti pemanas air.

Memberi kelebihan besar buat mereka yang gemar berkhemah, fungsi ini juga bermanfaat untuk sekiranya rumah pemilik mengalami masalah bekalan elektrik.

Baca juga: Bekas personaliti TV3 terkenal berdepan 5 tuduhan, didakwa cederakan tiga individu