“Patutlah suami rajin hantar anak ke taska, rupanya cikgu buat ‘part time’ menyondol”

Oleh KIM SYAZIE

Seorang isteri tidak menduga, niat sang suami yang rajin menghantar anak ke taska rupanya mempunyai maksud tersendiri.

Berani bermadu kasih bersama cikgu taska, lelaki itu juga sanggup membawa anak mereka ketika keluar ‘dating’ dan makan bersama.

Mengakui kesilapannya, semuanya bermula apabila wanita itu mengeluh mengenai kesibukan dirinya kepada cikgu taska anaknya.

Belajar sambil bekerja, wanita itu juga akui tidak mempunyai masa terluang bersama dua orang anak di hari Sabtu dan Ahad.

Hanya mahu meluah perasaan, tiba-tiba ada seorang cikgu yang masih bujang menawarkan diri untuk mengasuh anaknya di hujung minggu.

Wanita itu juga tidak mensyaki apa-apa apabila suami mahu mengambil alih tugas menghantar anak ke taska dan ke rumah cikgu.

“Aku ni yang husnuzon je bangga suami rajin mengasuh anak hantar ke taska, aku rasa kuranglah sikit nak berkejar ke sana ke mari.

“Rupanya dia (cikgu taska) buat ‘part time’ juga menyondol suami orang. Suami sendiri pun boleh tahan gatal,” luah wanita itu.

Menurutnya, insiden terbongkar apabila seorang pencuci warganegara asing menyerahkan telefon bimbit yang dijumpainya di celah kerusi kereta milik suaminya.

Kagum dengan sifat jujur pekerja itu, wanita berkenaan terkejut saat melihat isi kandungan telefon bimbit rahsia suaminya itu.

Berbalas mesej mesra mengalahkan suami isteri, wanita itu nekad untuk memohon penceraian walaupun lelaki itu bersujud meminta maaf.

Baca juga: Dicanang dapat anugerah ‘Tun’, keluarga terkejut Nik Aziz hanya diberi gelaran ‘Tan Sri’?