Patutlah tembikai ini harga RM18,000 sebiji, bukan senang-senang nak tanam

Oleh NASUHA RAHMAN

RM18,143.28 sebiji macam harga sebuah motosikal mewah. Sudah tentu ianya satu perkara mustahil kerana ia adalah harga bagi sebiji tembikai.

Ya, inilah harga sebiji tembikai hitam dari Jepun yang dikatakan mempunyai rasa yang sangat manis dengan warna kulit yang berbeza berbanding tembikai lain.

Tidak dinafikan tembikai merupakan salah satu buah-buahan yang berkhasiat dan kaya dengan pelbagai vitamin. Selain dengan rasanya yang sedap, harga tembikai yang murah juga mampu dimiliki oleh semua golongan masyarakat.

Namun begitu, terdapat sejenis buah tembikai di Jepun yang menjadi keistimewaan negara tersebut sehingga boleh dijual dengan harga yang sangat tinggi?

Patutlah tembikai ini harga RM18,000 sebiji, bukan senang-senang nak tanam
Harga sekitar 500,000 yen (RM18,143.28)

Berharga sekitar 500,000 yen (RM18,143.28) tembikai Jepun ini hanya ditanam di pulau utara, Hokkaido sahaja. Warna kulit tembikai yang berwarna hitam telah menarik perhatian ramai.

Malah, rasa buah tembikai ini juga dikatakan tiada tandingannya dengan tembikai yang lain. Isi yang berwarna merah pekat dengan biji yang sedikit, dikatakan mempunyai tahap kemanisan yang jauh berbeza dengan tembikai biasa yang berada di pasaran.

Namun bagaimana petani di sana dapat menghasilkan tembikai taraf kayangan ini sudah tentu mempunyai proses penanaman yang agak rumit dan sangat teliti bermula dari semaian benih sehinggalah siap untuk dipasarkan.

Ini langkah menanam tembikai hitam:

  1. Biji benih tembikai hitam akan disemai secara pukal di atas tanah oleh para pekebun.
  2. Apabila anak benih sudah tumbuh, ia akan diasingkan ke dalam pasu-pasu kecil.
  3. Setelah itu, pucuk anak benih akan dikacukkan dengan pucuk anak benih tembikai yang lain bagi tujuan hibridisasi. Langkah ini sangatlah penting untuk dilakukan oleh para pekebun.

Anak-anak benih akan dijaga selama setengah bulan sebelum dipindahkan ke rumah hijau untuk proses penanaman.

  1. Apabila anak pokok sudah besar, kesemuanya akan dicelup ke dalam air bagi tujuan melembapkan akar.
  2. Setelah itu, para pekebun akan menanam anak pokok ke dalam lubang yang telah disediakan di dalam rumah hijau. Nutrien juga akan ditambah semasa proses penanaman.
  3. Apabila sudah selesai, pekebun akan menutup anak pokok yang sudah selesai ditanam dengan penutup berwarna putih yang dibuat khas. Tujuan penutupan anak pokok ini adalah untuk memastikan anak pokok membesar dengan baik.
  4. Sekiranya anak pokok sudah membesar, lebihan dahan daripada pokok tembikai akan dicantas.
  5. Apabila pokok sudah membuahkan hasil, mereka akan memilih beberapa tembikai yang terbaik untuk diletakkan di atas bekas plastik dan menunggu sehingga warnanya bertukar menjadi hitam. Buah lain yang kurang berkualiti pula akan diasingkan.
  6. Dalam tempoh lebih kurang dua bulan, buah tembikai akan mencapai tempoh matang dan kulitnya juga bertukar menjadi hitam.

Proses Pengilangan:

tembikai akan dibersihkan menggunakan mesin yang disediakan sehingga berkilat.

  1. Setelah dipetik dan dikutip, kesemua buah tembikai akan dibersihkan menggunakan mesin yang disediakan sehingga berkilat.
  2. Kemudian, kesemua buah tembikai akan dibawa ke kilang untuk proses pembungkusan. Di kilang, terdapat beberapa proses yang dilakukan seperti pengiraan berat dan membungkus tembikai ke dalam kotak.
  3. Apabila selesai dibungkus, tembikai akan dipasarkan atau dilelong kepada pembeli.