PBAKL 2017 menutup tirai pesta buku penuh meriah

PBAKL 2017 menutup tirai pesta buku penuh meriah

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2017 telah melabuhkan tirainya semalam, setelah 10 hari berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra sejak 28 April lalu.

Dengan menyasarkan 2.5 juta pengunjung, pesta buku ke-36 anjuran Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) dan Kementerian Pendidikan ini dianggap satu kejayaan bagi indutri penerbitan buku negara ini dalam usaha memupuk minat membaca di kalangan rakyat.

Pesta kali ini telah menyediakan 11 ruang pameran dengan 905 gerai untuk 250 pempamer daripada tempatan dan luar negara.

Antara acara yang diadakan kali ini termasuk ‘Baca World’, Asean e-Reading Conference (AEC) dan Perhimpunan Penulis-Penulis Asean yang menghimpunkan lebih 1,000 penulis dari rantau Asia Tenggara selain peminat boleh bertemu dengan penulis-penulis terkenal tanah air.

Jurufoto Wan Zahari meninjau PBAKL 2017 di hari akhir berlangsungnya pesta buku ini.

Buku- buku agama menjadi pilihan pengunjung yang hadir.

 Pelajar ceria dan gembira dapat menyertai rombongan sekolah ke PBAKL 2017.

Tawaran harga yang rendah ditawarkan kepada pengunjung.

COMMENTS

Wordpress (0)