Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
PBAPP  akan komersilkan  projek R&D sisa LRA

PBAPP akan komersilkan projek R&D sisa LRA

MOHD ALI HASHIMJuly 19, 2019 10:00 am




Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) Sdn Bhd akan mengkomesialkan projek penyelidikan dan pembangunan (R&D) guna semula sisa loji rawatan air (sisa LRA) yang memenangi anugerah di Malaysia, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ir Jaseni Maidinsa.

Beliau berkata, melalui R&D, PBAPP telah membuktikan sisa LRA boleh dikitar semula sebagai bahan nilai tambah untuk mengeluarkan bata tanah liat bagi industri pembinaan.

“Sisa LRA diklasifikasikan sebagai ‘bahan buangan berjadual’ yang mesti dilupuskan dengan selamat, mengikut Peraturan-Peraturan ‘Kualiti Alam Sekeliling’ (Buangan Terjadual 2005).

“Oleh itu, projek ‘penukaran sisa loji rawatan air kepada bata tanah liat’ PBAPP berpotensi untuk mengitar semula sisa berjadual dengan cara pintar dan hijau (pada skala perindustrian).

“Menggunakan semula sisa LRA secara selamat sebagai bahan mentah untuk industri pembinaan dan mengurangkan kos pelupusan sisa berjadual untuk semua operator bekalan air di Malaysia, ” tegasnya.

Menurut Jaseni lagi, sehingga kini PBAPP telah pun memenangi 3 anugerah untuk projek R&Dnya bagi mengitar semula sisa LRA sebagai bahan pembuatan bata.

Tambahnya, antara anugerah yang telah berjaya diperolehi adalah ‘Anugerah Emas’ pada Konvensyen Team Excellence (RTEx), Wilayah Utara 2019 yang diterima daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia.

Selain itu katanya, anugerah yang turut diterima ialah Juara ‘Anugerah Inovasi’ Negeri Pulau Pinang 2016 (kategori bukan ICT) daripada kerajaan negeri Pulau Pinang.

Seterusnya tegas beliau lagi, ialah tempat kedua ‘Anugerah Inovasi’ Persidangan dan Pameran Teknologi Hijau dan Produk Eco Antarabangsa (IGEM) 2017 yang diterima daripada IGEM.

Sejajar dengan itu katanya, PBAPP telah membangunkan teknologi untuk mengitar semula dan menggunakan semula sisa LRA,

“Walau bagaimana pun, kami tidak mempunyai kepakaran, pengalaman dan sumber yang berkaitan untuk mengkomersialkan dengan jayanya.

“Maka itu, adalah dipohon cadangan daripada syarikat-syarikat yang berminat untuk mengkomersialkan R&D kami.

“Sebaik-baiknya pihak yang berminat mestilah mempunyai kelayakan dalam pembuatan bahan-bahan binaan berskala industri serta keupayaan yang relevan dalam jualan, pemasaran dan logistik, ” kata Jaseni.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Darurat demi kedudukan Muhyiddin tapi rakyat tambah derita

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Tidak perlu tunggu darurat berakhir, Anwar tiada halangan menghadap Agong

Bodek Menteri Pertanian ucap hari jadi, penjawat awam dianggap tiada kerja musim Covid-19

Terkini

Siapa taja serangan terhadap Zahid dalam Umno?

14 meninggal dan 3,631 kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini

Bagaimana dunia Islam hadapi Covid-19

PKP seluruh negara, kecuali Sarawak, mulai 22 Januari

Lagi Menteri disahkan positif Covid-19

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production