PBAPP terima anugerah loji rawatan terbaik peringkat kebangsaan

Jaseni (dua dari kiri) bersama-sama dengan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow menunjukkan dua anugerah yang diterima.

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) yang merupakan sebuah agensi kerajaan negeri Pulau Pinang telah berjaya menerima dua anugerah peringkat kebangsaan kelmarin.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP, Datuk Ir Jaseni Maidinsa.

Menurut beliau, PBAPP telah berjaya memperolehi dua anugerah terbaik peringkat kebangsaan daripada Persatuan Air Malaysia atau MWA.

Jelasnya, anugerah pertama yang diterima adalah Anugerah Pencapaian Industri Air MWA 2018 iaitu, Loji Rawatan Terbaik.

“Bagi Anugerah Loji Rawatan Terbaik ia adalah bagi loji rawatan di Sungai Dua.

“Manakala satu lagi anugerah yang berjaya diperolehi ialah Anugerah Air Untuk Pengurusan 2018.

“Dengan penerimaan kedua-dua anugerah ini ia menjadikan PBAPP sebagai sebuah organisasi terkemuka dalam bekalan air, ” ujarnya.

Kata Jaseni lagi, anugerah tersebut telah diserahkan oleh Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar di Putrajaya.

Tambahnya, dengan anugerah tersebut ia akan menjadi sumber inspirasi kepada warga PBAPP untuk terus meningkatkan gerak kerja bagi meningkatkan mutu perkhidmatan air di negeri ini.

COMMENTS

Wordpress (0)