Malaysia Dateline

PBATTBM Pulau Pinang hargai sumbangan kerajaan

Persatuan Bekas Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PBATTBM) cawangan Pulau Pinang menyokong pemberian insentif sebanyak RM500 oleh kerajaan kepada bekas tentera berpencen dan tidak berpencen.

Malah pemberian tersebut menjelang sambutan Aidilfitri yang begitu hampir dapat meringankan beban yang terpaksa ditanggung oleh bekas tentera tersebut.

Demikian dinyatakan oleh Yang Dipertua PBATTBM, cawangan Pulau Pinang, Nazaruddin Dolmat ketika ditemui.

Menurut beliau lagi, usaha tersebut membuktikan kepedulian kerajaan terhadap bekas tentera berpencen dan tidak berpencen.

Walau bagaimapun ujarnya, masih terdapat lagi bekas tentera tidak berpencen yang menghadapi pelbagai masalah bagi mendapatkan dokongan seperti kaki palsu, kerusi roda dan peralatan kesihatan yang lain.

“Terdapat satu kes dimana bekas tentera tidak berpencen, Mohd Khairi Mohd Arshad dari Bagan Ajam, Butterworth. yang berkhidmat selamsa 13 tahun kini sudah hilang mata pencarian akibat kakinya dipotong.

“Kesan darii kesakitan yang dialami beliau, ia tidak lagi mampu untuk mencari sumber pendapatan untuk menyara keluarga.

“Apa yang dikesalkan beliau tidak mendapat bantuan dari mana-mana agensi kerajaan sebelum ini bagi meringankan beban beliau ketika kunjungan dibuat baru-baru ini, ” tegasnya.

Oleh kerana itu katanya, kini PBATTBM berusaha mendapatkan kaki palsu dari pihak yang ingin memberi bantuan untuk membolehkan Mohd Khairi bergerak mencari sumber pendapatan.

Sehubungan itu kata Nazaruddin lagi, menjelang Aidilfitri yang begitu hampir adalah diharapkan lebih banyak lagi badan bukan kerajaan maupun agensi kerajaan turun padang bagi memberi perhatian terhadap bekas tentera.

Tambahnya lagi, kepedulian masyarakat sekeliling akan meringankan beban yang terpaksa ditanggung oleh kebanyakan bekas asktar tidak berpencen khususnya yang hidup masih tanpa pembelaan walaupun telah berkkhidmat begitu lama dengan angkatan tentera.

“Terdapat beberapa kes bekas tentera tidak berpencen tidak mendapat pembelaan.

“Ada yang hidup kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.

“Tidak kurang juga yang hanya mengharap simpati masyarakat bagi sesuap nasi, rumah serba kekurangan, manakala anak ramai dan masih bersekolah tanpa pendapatan tetap, ” katanya lagi.