Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
PBB bimbang tindakan AS kenakan sekatan visa terhadap menteri luar Iran di New York
Bangunan Ibu pejabat PBB di New York.

PBB bimbang tindakan AS kenakan sekatan visa terhadap menteri luar Iran di New York

BernamaJuly 16, 2019 12:36 pm




Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah meluahkan kebimbangannya kepada Amerika Syarikat berhubung tindakan negara itu mengenakan sekatan perjalanan terhadap menteri luar Iran, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan jurucakap badan dunia itu pada Isnin.

“Sekretariat menyedari langkah-langkah sekatan perjalanan yang dikenakan oleh negara tuan rumah baru-baru ini ke atas kakitangan misi tetap Iran ke PBB,” kata Farhan Haq, timbalan jurucakap bagi Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres.

“Sekretariat kini berhubung rapat dengan misi tetap Amerika Syarikat dan Iran ke PBB berhubung perkara ini dan telah menyuarakan kebimbangannya kepada negara tuan rumah,” kata Haq kepada pemberita dalam satu taklimat tetap.

Setiausaha Negara AS Mike Pompeo pada Ahad berkata beliau telah memberi lampu hijau berhubung visa untuk Menteri Luar Iran Mohammad Javad Zarif berkunjung ke ibu pejabat PBB di New York, sambil menambah bahawa sebahagian besar pergerakan Zarif akan terbatas.

Zarif dan anggota delegasi lain Iran, yang tiba di New York pada Ahad, akan dibenarkan melakukan perjalanan antara ibu pejabat PBB dan misi Iran serta kediaman duta Iran ke PBB di kawasan berhampiran, kata Pompeo kepada Washington Post.

“Diplomat AS tidak berkeliaran di sekitar Tehran, jadi kami juga tidak nampak alasan untuk diplomat Iran berkeliaran dengan bebas di sekitar New York City,” Pompei dipetik sebagai berkata oleh Washington Post.

Sejak Washington menarik diri daripada perjanjian nuklear Iran 2015 tahun lepas, hubungan antara kedua-dua negara merosot dengan ketegangan yang semakin memuncak di Teluk Oman, Teluk Parsi dan Selat Hormuz selain menyaksikan sekatan dikenakan semula ke atas Iran oleh AS.- BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Terkini

Kenyataan Hadi sahkan kerajaan hari ini tidak ada majoriti

‘Umno Sdn Bhd’ lawan ‘penjual Umno kepada diktator’

PENDAPAT: Bila Parlimen ditutup, ‘parlimen rakyat’ yang ambil alih

Krisis pendidikan negara semakin memuncak

Kasihan, apa jadi kepada mereka yang tiada gajet?

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production