Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
PBB puji usaha murni Malaysia tubuh PIACCF

PBB puji usaha murni Malaysia tubuh PIACCF

Oleh BERNAMAFebruary 12, 2020 1:20 pm




Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memuji kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di atas inisiatif murni menubuhkan Yayasan Juara Antirasuah Antarabangsa Perdana (PIACCF), kata Penyelaras Residen PBB di Malaysia Stefan Priesner.

Dilancarkan oleh Dr Mahathir malam tadi, PIACCF akan bertanggungjawab untuk Dana Juara Antirasuah Antarabangsa dan melengkapi aspirasi Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Mengenai Rasuah (UNCAC).

PIACCF penting kerana ia bertindak sebagai sistem sokongan untuk pegawai-pegawai antirasuah yang telah menjadi mangsa dan tertakluk kepada penganiayaan dalam menjalankan tugas.

Priesner berkata adalah amat penting untuk menjaga kebebasan agensi antirasuah, sama ada dalam kerja penyiasatan atau penguatkuasaan.

“PBB memandang tinggi kepada semua yang berpegang teguh dalam prinsip mereka, walaupun dalam menghadapi cabaran dan ancaman yang besar,” katanya pada majlis pelancaran PIACCF di sini.

Priesner berkata rasuah menimbulkan ancaman besar kepada negara-negara di seluruh dunia kerana ia melemahkan institusi, menghakis kepercayaan dan mengancam ekonomi.

“Ia menghalang banyak negara yang memerlukan sumber untuk memacu pembangunan. Ia melemahkan persaingan yang adil serta tidak menggalakkan pelaburan dan perdagangan.

“Ia juga memberi kesan yang tidak seimbang kepada kumpulan yang kurang bernasib baik, khususnya golongan miskin, dengan menghalang penyertaan sosial, menggalakkan ketidaksamaan dan menghalang kemakmuran,” katanya, sambil menambah bahawa ia menjejaskan keupayaan negara untuk mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang diguna pakai semua negara anggota PBB pada 2015.

“Dianggarkan bahawa kos rasuah lebih lima peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global (US$2.6 trilion) setahun, dengan anggaran pengubahan wang haram global sekitar US$500 bilion setahun,” katanya.

Priesner berkata PBB gembira dapat melihat negara-negara di rantau ini telah berusaha untuk membina rangka kerja undang-undang dan institusi mereka mengenai perlindungan saksi dan orang yang melaporkan.

Bagi pihak pasukan negara PBB, beliau memuji Malaysia dalam dua pencapaian utama iaitu ranking yang lebih baik dalam Indeks Demokrasi daripada 52 pada 2018 kepada kedudukan ke-43 pada 2019, dan peningkatan sebanyak 10 kedudukan kepada 51 daripada 180 negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) tahunan Transparency International (TI) pada 2019, berbanding 2018.

Sementara itu, wakil Persatuan Pihak-Pihak Berkuasa Antirasuah Antarabangsa (IAACA), Martin Kreutner menyatakan penghargaan kepada Dr Mahathir di atas perjuangan yang tidak berkesudahan menentang rasuah yang membawa rakyat Malaysia keluar dari pengalaman gelap yang berkait dengan penyelewengan dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Kreutner berkata matlamat penubuhan PIACCF adalah untuk membantu pihak berkuasa antirasuah (ACA), yang terpaksa menanggung risiko dan ancaman terhadap kehidupan dan kerjaya mereka.

“Menjadi harapan, yayasan ini menerima sumbangan daripada pihak-pihak, pertubuhan antarabangsa, serantau, korporat dan entiti dan individu komersial dan bukan komersial,” katanya.

Kreutner juga mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia di atas sokongannya sebagai penyumbang pertama kepada dana itu dengan jumlah RM500,000 dan penyumbang kedua daripada Yayasan Bukhari dengan sumbangan sebanyak RM2.5 juta.

— BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Negara lain juga darurat, tapi tak gantung fungsi Parlimen

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Terkini

Covid-19: Apa Muhyiddin dapat buat dengan kuasa mutlaknya, soal Mahathir

Menteri Pendidikan tiada kepimpinan, bimbang wujudnya ‘generasi ketinggalan’

Keazaman untuk tidak berubah (Bahagian 1)

Mahfuz desak kerajaan perjelas isu projek rundingan terus lebih RM100 juta

Rakyat kecam Muhyiddin ulang apa yang dibentang dalam Belanjawan 2021

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production