PBB tolak keputusan Guatemala tamatkan mandat suruhanjaya siasat rasuah

PBB tolak keputusan Guatemala tamatkan mandat suruhanjaya siasat rasuah

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menolak keputusan Guatemala untuk menamatkan perjanjian mengenai penubuhan sebuah suruhanjaya yang sedang menyiasat kes rasuah di negara itu.

Pada Isnin menerusi sepucuk surat, Menteri Luar Guatemala Sandra Erica Jovel Polanco memaklumkan kepada Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres, mandat suruhanjaya itu akan berakhir dalam tempoh 24 jam.

Menurut agensi berita Xinhua, Guterres dalam satu kenyataan menolak surat berkenaan.

Ogos lalu, Guatemala enggan memperbaharui mandat suruhanjaya itu dan menetapkan 3 September sebagai tarih akhir.

Suruhanjaya yang ditubuhkan pada Disember 2006 di bawah perjanjian PBB-Guatemala itu adalah sebuah badan antarabangsa yang diwujudkan bagi membantu pihak berkuasa Guatemala menyiasat kes sukar dan sensitif.

Baru-baru ini suruhanjaya itu menyiasat kes rasuah membabitkan Presiden Guatemala Jimmy Morales dan kes penipuan cukai adik-beradik dan anaknya.

Disember lalu Guatemala membatalkan visa dan kekebalan diplomatik 11 anggota suruhanjaya dan ketuanya seorang pendakwa dari Colombia Ivan Velasquez turut dihalang dari memasuki negara itu pada Ogos.

Selepas pertemuan dengan Setiuasaha Agung PBB, Menteri Luar Guatemala semua kes yang sedang disiasat, termasuk kes rasuah pilihan raya akan diteruskan.

Loading...

Bagaimanapun katanya, suruhanjaya itu perlu menyerahkan kuasa dan prerogatifnya kepada badan serta pihak berkuasa Guatemala yang berkaitan.

— BERNAMA