Malaysia Dateline

PBS kekal neutral

Parti Bersatu Sabah (PBS) berpendirian memilih untuk kekal neutral dan tidak menjadi sebahagian daripada mana-mana gabungan politik, bebas dan tidak terlibat dalam semua urusan dan ketidaktentuan politik.

“PBS kekal mesra kepada kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan perdana menteri baharu dan menyokong semua langkah baik yang akan memanfaatkan Malaysia, terutamanya rakyat Sabah, baik dasar mahupun program yang akan memastikan kemakmuran dan perpaduan rakyat berbilang kaum negara kita,” kata Presidennya Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dalam kenyataan pada Ahad.

Ini sululan  krisis politik melanda negara, akhirnya segala persoalan mengenainya terungkai apabila Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri kelapan.