PBT disaran selia, potong dahan pokok tepi jalan untuk elak kemalangan

Mangsa dalam perjalanan di Jalan Ayer Keroh Lama meninggal di tempat kejadian akibat melanggar dahan-dahan pokok yang patah akibat hujan dan angin kuat.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam Negeri Melaka, Mohd Sofi Abdul Wahab menyarankan supaya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk bertindak menyelia dan memotong mana-mana dahan pokok yang dikhuatiri boleh membahayakan nyawa pengguna jalan raya dan rakyat.

Beliau berkata demikian berikutan satu kemalangan yang melibatkan kehilangan nayawa yang berlaku di sebuah jalan raya di Melaka beberapa hari lalu.

“Negeri Melaka dikejutkan dengan kehilangan nyawa yang melibatkan kemalangan akibat pengguna jalan raya melanggar dahan pokok tumbang dan sebagainya.

“Mangsa yang dalam perjalanan di Jalan Ayer Keroh Lama meninggal di tempat kejadian akibat melanggar dahan-dahan pokok yang patah akibat hujan dan angin kuat.

Sofi Wahab

“Melihat kepada suasana kemalangan, amatlah mendukacitakan kerana terlalu banyak dahan-dahan pokok yang patah dan jatuh di atas jalan. Ini sangatlah membahayakan pengguna jalanraya terutamanya mereka yang menggunakan motorsikal.

“Oleh itu, demi mengelakkan kejadian yang menyayat hati ini dari berlaku lagi, saya memohon kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu MBMB, MPHTJ, MPAG dan MPJ untuk bertindak menyelia dan memotong mana-mana dahan pokok yang dikhuatiri boleh membahayakan nyawa pengguna jalan raya dan rakyat Melaka terutamanya,” kata beliau dalam kenyataan medianya semalam.

Kata Sofi, selain itu, mana-mana pokok yang sudah mati dan juga boleh memberi kesan buruk kepada rakyat, juga hendaklah dipotong dengan segera.

Selain itu tambahnya, pihak PBT dan pihak berkenaan lain juga mestilah mengkaji semula langkah untuk menanam pokok-pokok besar di tepi-tepi jalan dan di kawasan taman perumahan.

“Oleh kerana banyak risiko dari manfaat saya mencadangkan supaya kelulusan menanam pokok besar di kawasan berkenaan dikaji semula demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

“Banyak cara lain bagi menceriakan sekeliling jalan dan kawasan perumahan selain dari menanam pokok-pokok besar. Pihak yang bertanggungjawab dengan landskap mesti memikirkan alternatif sesuai dan menarik sebagai ganti kepada penanaman pokok-pokok besar ini.

“Sudah sampai masanya pokok-pokok besar ditebang dan diganti dengan tanaman pokok-pokok lain yang lebih selamat dan menarik.

“Saya berharap agar tindakan pantas terhadap isu ini hendaklah disegerakan demi untuk manfaat rakyat,” kata Adun Durian Tunggal itu.

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
Have no any user vote
CATEGORIES