PCIRC serlahkan ketakutan Najib terhadap kritikan rakyat

PCIRC serlahkan ketakutan Najib terhadap kritikan rakyat

Kewujudan Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) hanya menyerlahkan lagi ketakutan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak terhadap suara rakyat yang mengkritiknya, kata Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor, Sheikh Omar Ali.

Sheikh Omar AliKewujudan Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) hanya menyerlahkan lagi ketakutan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak terhadap suara rakyat yang mengkritiknya, kata Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor, Sheikh Omar Ali.

Beliau berkata kelemahan urustadbir Najib disebabkan pelbagai skandal yang melibatkan beliau kini tidak dapat disembunyikan lagi.

“Semakin Najib cuba melarikan diri, kebenaran semakin terbongkar. Contohnya pihak Pejabat Peguam Negara Switzerland membuka kertas siasatan berhubung 1MDB dan laporan portal FinanceAsia yang menyenaraikan Najib sebagai Menteri Kewangan paling teruk di rantau Asia Pasifik.

“Mesej yang dibawa menerusi poster ‘Najib badut’ hanyalah mahukan supaya pemimpin dan sistem urustadbir negara yang korup dihentikan segera.

“Sebab itu mesej yang ditulis atas poster protes tersebut antaranya ialah “dalam negara yang penuh dengan korupsi, kita semua penghasut”. Najib perlu faham mesej sinikal yang disampaikan ini,” ujarnya.

Syed mengulas satu tindakan polis mengarahkan PCIRC mengambil tindakan terhadap pemilik akaun yang dikenali sebagai Faisal bin Rohban memuat naik status yang memerli Perdana Menteri dan isteri terlibat dalam beberapa kes pembunuhan berprofil tinggi di negara ini.

Kata Syed lagi sekiranya pihak Kerajaan semakin menambah sekatan, ia akan lebih membuakkan kemarahan rakyat. Seterusnya menjadi pemangkin kepada kebangkitan rakyat yang mungkin diluar jangkaan fikiran katanya.

“Sebenarnya jawapan kepada isu ini mudah sahaja. Najib wajib bersara dari kedudukannya sekarang ini bagi mengelakkan negara semakin ranap. Bukan menjadikan rakyat sebagai sasaran.

“Rakyat hanya mengekspresikan kritikan mereka terhadap pemimpin. Bahkan rakyat yang memilih para pemimpin sehingga berada pada kedudukan dimana mereka berada sekarang ini. Oleh itu, para pemimpin khususnya Najib mesti dengar kritikan rakyat, bukan mengancam mereka dengan PCIRC,”ujarnya.

PCIRC berperanan memantau, mengesan serta mengambil tindakan terhadap pengguna media sosial terbabit yang menyalah gunakan media sosial sehingga menjejaskan kesejahteraan dan ketenteraman awam.

Pengguna media sosial yang berkongsi atau ‘re-post’ sebarang kenyataan bersifat menghasut turut akan diambil tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), Akta Hasutan 1948 dan undang-undang berkaitan.

Dalam perkembangan sama, Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Young Syefura Othman juga dipetik sebagai berkata, PCIRC melanggar hak ruang peribadi awam sekaligus menyimpang dari tugas sebenar polis yang terhad kepada mengawal ruang awam sahaja.

“Jika sebelum ini, polis menjadi penguat kuasa undang-undang dan hanya menjalankan siasatan jika ada laporan dibuat terhadap sesuatu ‘posting’ tetapi kini berbeza, mereka seolah-olah mahu cari salah rakyat,” katanya.

TAGS