Malaysia Dateline

PDM Parit Rambai sasar pengundi ‘atas pagar’

Pusat Daerah Pengundi (PDM) Pakatan Harapan (PH) Parit Rambai Dewan Undangan Negeri (Dun) Kukup menyasarkan pengundi ‘atas pagar’ pada saat akhir tempoh berkempen yang berakhir selewat-lewatnya jam 12 malam esok.

Pengarah PDM Parit Rambai, Musa Khamis berkata, keseluruhannya seramai 971 orang pengundi di PDM ini dengan kaum Melayu 865 orang, Cina (96) dan India lima.

Musa Kasim

Bagaimanapun, katanya daripada jumlah itu,sebanyak 65 peratus dikenal pasti sebagai pengundi atas pagar.

Kata beliau lagi, jika dilihat keputusan Pilihan Raya Umum (PRU13),PDM Rakit Rambai hanya meraih 96 undi manakala pasa PRU14 lalu, jumlah tersebut meningkat seramai 294 undi.

“Di PDM ini sememangnya diakui kubu kuat Umno apatah lagi Timbalan Ketua Bahagian Umno Tanjung Piai adalah anak tempatan di sini.

“Tetapi saya tetap yakin kali ini jumlah undi akan meningkat dalam 10 peratus pada Pilihan Raya Kecil ( PRK) Parlimen Tanjung Piai yang diadakan Sabtu ini.

Mengenai isu sentimen kaum dan agama yang dimainkan pihak lawan pada kempen kali ini,Musa mengakui sedikit sebanyak memperngaruhi pengundi di samping terdapat pengundi yang jauh berusia masih lagi menganggap Tun Dr Mahathir Mohamed adalah pemimpin Barisan Nasional (BN).

“Justeru untuk hari-hari terakhir ini, saya mengarahkan seluruh jentera bagi melancarkan kempen gerak gempur dari rumah ke rumah untuk mendekati penduduk di sini.

Sehubungan itu, beliau merakamkan terimakasih kepada AMANAH Wilayah Persekutuan dan Johor serta Bersatu Segamat,Johor yang membantu gerak kerja kempen sejak seminggu lalu.

PDM Parit Rambai merupakan antara 14 PDM dalam kawasan Dun Kukup.

Dun Kukup adalah kerusi milik BN  ( Datuk Md Othman Yusuf)  dan sumber ekonomi utama penduduk di sini ialah sebagai petani dan nelayan

PRK kali ini diadakan berikutan kematian Datuk Dr Mad Farid Mad Rafik pada 21 September lalu akibat komplikasi jantung.

Enam calon yang bertanding pada PRK Parlimen Tanjung Piai Sabtu ini ialah Karmaine Sardin dari Bersatu (PH) yang akan ditentang calon MCA, Gerakan, Berjasa dan Bebas.