Malaysia Dateline

PDRM Sarawak perkenalkan Sistem Penyiasatan Agresif

Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sarawak bakal memperkenalkan Sistem Penyiasatan secara agresif dalam menghadapi dan membanteras gejala jenayah di negeri ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Ramli Din berkata kesemua jabatan dan cawangan penyiasatan di negeri ini akan menggunakan pendekatan tersebut ketika melaksanakan siasatan serta tindakan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perbarisan Khas Perjumpaan Pertama bersama warga polis Kontinjen Sarawak di Padang Kawad Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sarawak di Kuching hari ini.

Ramli berkata perhimpunan tersebut turut menjadi perkongsian agenda melestarikan usaha bagi memantapkan jentera polis Kontinjen Sarawak.

Justeru, beliau berharap agar semua warga polis Sarawak melaksanakan setiap tanggungjawab dengan amanah bagi meningkatkan intergriti serta jati diri dalam kalangan warga PDRM.

Dalam pada itu, beliau mahu hubungan kerjasama masyarakat, kesemua Ketua Polis Daerah (KPD) ditingkatkan lagi serta melaksanakan program komuniti polis dari semasa ke semasa.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Dev Kumar