Pecah botol arak di pagar SUK: Jamal didakwa lakukan mudarat awam

Pecah botol arak di pagar SUK: Jamal didakwa lakukan mudarat awam

Pengerusi Gabungan Gerakan Merah Malaysia (GNGMM), Datuk Seri Jamal Md. Yunos mengaku tidak bersalah hari ini atas pertuduhan telah melakukan mudarat awam dengan memecahkan sejumlah botol arak dengan menggunakan penukul besi, Oktober tahun lalu.

Jamal, 48, yang juga Pengerusi BN Sungai Besar,  membuat pengakuan tersebut di dalam satu prosiding selama 30 minit yang dijalankan di hadapan Majistret Mahkamah Shah Alam, Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin di wad Premier, Hospital Pakar Ampang Puteri dekat sini lapor Utusanonline.

Pendakwaan yang dilakukan di hospital berkenaan kerana Jamal mendapatkan rawatan berikutan dia mengalami sakit belakang.

Dia didakwa telah melakukan perbuatan itu sehingga mendatangkan bencana, bahaya dan kegusaran awam di depan pintu pagar keluar pos (1) Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK), Shah Alam dekat sini kira-kira pukul 10.15 pagi, 5 Oktober tahun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 290 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM400.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Megat Mahathir Megat Tharif Afendi manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd. Nasir Yusof.

Raja Noor Adilla membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan sebutan kes pada 8 Jun ini.

Akhbar sebelum ini melaporkan, sekumpulan lelaki 25 orang diketuai Jamal mengadakan sidang akhbar membantah penganjuran ‘The Better Beer Festival 2017’ sebagai simbolik bantahan penganjuran pesta berkenaan

9.5
OVERALL SCORE
: 9.0
1 user vote x 10.0
CATEGORIES
TAGS