Malaysia Dateline

Pecah rekod 6,075 kes baru hari ini

Kes baru positif COVID-19 hari ini merekodkan kes tertinggi iaitu 6, 075 kes menjadikan kumulatif kes baru mencecah 485,496 kes.

Hari ini negeri Johor menjadi negeri kedua tertinggi kes baru selepas Selangor iaitu sebanyak 669 kes dan diikuti negeri Kedah dengan kes baru sebanyak 445 kes dan Kelantan pada jumlah 441 kes baru.

Untuk rekod kes harian tertinggi dilaporkan pada 30 Januari lalu dengan 5,728.

Seramai 559 pesakit yang memerlukan rawatan di ICU dimana 303 orang memerlukan alat bantuan pernafasan

Manakala seramai 46 orang telah disahkan maut akibat positif COVID menjadikan kumulatif kes kematian tercatat sehingga kini seramai 2,040 kes.

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan 19 kes di Selangor, tujuh kes di Sarawak, enam kes di Johor, empat kes di Kelantan, masing-masing dua kes di Sabah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pulau Pinang, dan Kedah, serta masing-masing satu kes di Negeri Sembilan dan Melaka

Dalam pada itu, jumlah kluster baharu harian juga turut mencatatkan bilangan tertinggi yang pernah dilaporkan iaitu sebanyak 22 kluster.

Bilangan kes kritikal yang dilaporkan kepada CPRC Kebangsaan pada hari ini juga adalah yang tertinggi setakat ini iaitu sebanyak 559 kes.