Malaysia Dateline

Pecah rekod lagi, 3,309 kes baharu, 190 ICU

Jumlah kes baharu Covid-19 hari ini mencipta rekod lagi, 3,309 kes.

Angka pesakit di unit rawatan rapi (ICU) juga memecahkan rekod iaitu 190 kes.

Angka itu dicatatkan sehari sebelum kerajaan memperketatkan pergerakan awam mulai esok dan selepas pengumuman darurat pagi tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, 3,303 kes adalah penularan tempatan, manakala enam lagi merupakan kes import.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga merekodkan empat kematian baharu hari ini menjadikan kumulatif kes kematian sebanyak 559 kes.

Manakala kes yang masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula sebanyak 190 kes dengan 83 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Pada masa sama, kerajaan mencatatkan kes sembuh sebanyak 1,469 kes sekaligus menjadikan pesakit yang dibenarkan discaj sebanyak 110,584 kes.