Malaysia Dateline

Pecah rekod lagi, kes baru 15,573

Kes positif COVID-19 pada hari ini menunjukkan kes meningkat kepada 15,573 kes menjadikan kumulatif kes setakat ini adalag 980,491.

Negeri Selangor masih menjadi negeri yang mencatat kes harian tertinggi iaitu 7,672 kes diikuti Kuala Lumpur 2.063 kes.

Daripada 15,573 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 29 kes (0.2 peratus) adalah daripada kategori 5 (kritikal dan memerlukan bantuan pernafasan), 74 kes (0.5 peratus) kategori 4 (radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen), 102 kes (0.6 peratus) kategori 3 (radang paru-paru), 7,095 kes (45.6 peratus) kategori 2 (bergejala ringan) dan 8,273 kes (53.1 peratus) kategori 1 (tidak bergejala).

Keseluruhannya, hanya 1.3 peratus kes yang dilaporkan hari ini berada pada kategori 3, 4 dan 5.

144 kes kematian hari ini

Sebanyak 144 kes kematian yang dilaporkan pada hari ini melibatkan 66 kes di Selangor, 16 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 15 kes di Johor, 13 kes di Melaka, 10 kes di Negeri Sembilan, lapan (8) kes di Pahang, enam (6) kes di Kedah, tiga (3) kes di Sarawak, masing-masing dua (2) kes di Perak dan Pulau Pinang, serta masing-masing satu (1) kes di Sabah, Terengganu, dan Wilayah Persekutuan Labuan.