Malaysia Dateline

Zuraida Kamaruddin

Pecat ahli: PKR tidak boleh pilih kasih, kata Zuraida

PKR tidak boleh mengamalkan sikap pilih kasih dalam mengambil tindakan terhadap ahli yang melanggar undang-undang, kata naib presidennya Zuraida Kamaruddin.

Ia susulan pemecatan dua anggotanya iaituKetua Cabang PKR Bera Zakaria Abdul Hamid iaitu seorang daripada ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan ahli PKR negeri Pahang Ismail Dulhadi diumumkan oleh Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Ahmad Kassim selepas mesyuarat bulanan PKR, di ibu pejabat PKR pad Ahad.

Ketua Cabang PKR Bera Zakaria Abdul Hamid iaitu seorang daripada ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan ahli PKR negeri Pahang Ismail Dulhadi diumumkan oleh Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Ahmad Kassim selepas mesyuarat bulanan PKR, di ibu pejabat PKR pada Ahad.

Zuraida menyifatkan tindakan itu sebagai “reformasi membawa rebah”,  yang mana  mempersoalkan anggota lain yang turut didakwa melanggar undang-undang seperti kes peduhan dan rasuah ketika pemilihan.

“Jika benar ada saranan dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk parti politik mengambil tindakan terhadap anggota yang masih tak dibuktikan bersalah di mahkamah, maka parti wajib juga mengambil tindakan terhadap anggota yang jelas melanggar undang-undang negara.

“Ia seperti kes pukul, samseng, meminta rasuah semasa pemilihan parti dan beberapa kes lagi yang sememangnya diketahui umum,” katanya dalam turut mengecam tindakan itu dan menggesa reformasi kepimpinan dilakukan segera terhadap parti itu.

“Pemecatan itu hanya mendatangkan tanda tanya apakah ia dilakukan dengan memilih bulu? Memandangkan hanya individu tertentu yang dilihat berpihak kepada pimpinan tertentu saja diambil tindakan.

“Saya mengecam tindakan pilih bulu yang dilakukan parti dan menggesa reformasi kepimpinan dilakukan segera, jika parti ini ingin diselamatkan,” katanya yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Siasatan SPRM terhadap Zakaria dibuat susulan laporan yang difailkan oleh penyelaras Pemuda PKR (AMK), Ahmad Syukri Che Ab Razak pada September tahun lepas.

Beliau yang juga Ketua PKR cabang Bera, dikatakan telah menawarkan kontrak bernilai RM20,000 dan peruntukan berjumlah sekurang-kurangnya RM300,000 dalam satu pertemuan dengan pemimpin tempatan pada 1 Sept, ketika beliau bertanding kerusi majlis kepimpinan pusat PKR.

Dalam responsnya semalam, Zakaria mendakwa beliau tidak pernah dipanggil untuk membela diri berhubung pertuduhan rasuah terhadapnya dan akan menunggu penjelasan rasmi berkenaan perkara itu.