Pecat Haziq: Faizah tidak faham hak demokrasi dan bersuara, kata Ratu Naga

Pecat Haziq: Faizah tidak faham hak demokrasi dan bersuara, kata Ratu Naga
Syarul Ema Rena Abu Semah

Tindakan Naib Ketua Wanita Keadilan,Faizah Ariffin melabel Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin sebagai ‘mak lampir tidak bertuan’, diselar sebagai tidak matang.

Ini susulan kenyataan Zuraida  mendesak Majlis Pimpinan Pusat memecat Ketua Pemuda PKR Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz kerana isu video seks membabitkan menteri kanan.

Faizah Ariffin

Ketua Penerangan Wanita PKR Pusat, Syarul Ema Rena Abu Semah atau lebih dikenali dengan panggilan Ratu Naga menyifatkan Naib Ketua Keadilan sebagai mempunyai agenda tersendiri dan gagal memahami maksud sebenar cara berpolitik yang profesional.

Katanya, setiap ahli mempunyai hak dan pandangan tersendiri untuk memberi pendapat dan buah fikiran dan sama sekali tidak timbul isu biadap dan tidak mempertahankan keputusan parti.

“Faizah gagal dalam memahami apa itu demokrasi dan hak bersuara dalam parti di era Malaysia Baharu.

“Namun kerana Faizah Ariffin adalah bekas anak didik Zuraida yang mempunyai agenda tersendiri, mungkin gagal memahami maksud sebenar cara seni politik yang professional.

“Jangan gelojoh dalam hendak mengampu tapi lupa konteks sebenar apa yang cuba disampaikan Zuraida adalah untuk menjaga nama baik parti,” katanya menerusi satu kenyataan.

Syarul Ema yang lebih dikenali sebagai Ratu Naga itu mengingatkan apa sahaja keputusan parti komponen di dalam Pakatan Harapan mampu membawa kesan pada reputasi kerajaan sekarang.

“Tidak salah sekadar memberi pendapat untuk pecat Haziq kerana Haziq telah sengaja memburukkan parti dan Pakatan Harapan. Melainkan Haziq menafikan maka tak akan jadi pekung untuk dikatakan sebagai memalukan nama baik parti tapi yang berlaku sebaliknya.

“Apa rakyat akan fikir kemudian? Adakah kita menyokong perbuatan yang dibanggakan Haziq yang dengan rela dan bangga mengakui dia lah salah seorang lelaki yang melakukan aktiviti semburit tu? Ada kah itu yang Datin Faizah Ariffin pertahankan?

“Hanya orang waras saja boleh memahami apa yang YB Zuraida cuba sampaikan. Inikah generasi yang kita mahukan? Kita jangan mengikuti cara UMNO sengaja membiarkan sesiapa saja yang mengaku buat pekara sumbang berlegar merata dalam parti. Ini tak masuk akal,” ujarnya.