Malaysia Dateline

Pegang kanvas di sekeliling lembu yang disembelih, ini antara adab korban yang ramai terlepas pandang

Hari ini merupakan hari terakhir untuk melaksanakan ibadah korban sebelum masuknya waktu Maghrib.

Walau bagaimanapun, mungkin ramai terlepas pandang adab dalam menyembelih haiwan korban.

Tular di media sosial, bagaimana ada petugas yang menghalang pandangan lembu yang sedang dalam giliran untuk dikorbankan.

Mereka menaikkan kanvas panjang semasa penyembelihan dilakukan menyebabkan lembu lain tidak nampak apa yang berlaku.

Rata-rata warganet berkongsikan pengalaman majlis korban yang diadakan di kawasan masing-masing.

“Alhamdulillah, sepanjang proses korban di surau kami semalam, petugas-petugas pegang kanvas di sekeliling lembu yang nak disembelih,” kata seorang netizen.

Sementara itu, Haryati Saat juga mengingatkan bahawa pentingnya petugas korban memastikan lembu lain tidak melihat detik sembelihan dilakukan.

“Hadang selagi boleh. Jangan asah pisau pun depan lembu. Itu antara adab sembelihan,” katanya.

Bagi Syazwani Zulkifli pula, binatang juga ada perasaan hanya tidak mempunyai akal sahaja.

“Jadi, kita manusia berakal patutlah kasihan dengan haiwan yang nak disembelih. Jangan bagi dia takut walaupun dah takdir kena sembelih.

“Macam dalam video itu, kita hormat haiwan ini, mereka buat penghadang juga walaupun lembu itu nanti kena sembelih jugak.

“Lebih baik lembu dijauhkan jarak daripada tapak sembelihan supaya dia ‘pergi’ dengan tenang tanpa rasa takut,” katanya lagi.

LANJUT MENYUSUL

Baca juga Daging korban jangan dibasuh sebelum disimpan, kalau tak…