Malaysia Dateline

Pegangan saham parti politik dalam syarikat media dikaji, kata Gobind

Kerajaan sedang menimbang sama ada boleh atau tidak untuk mengehadkan pegangan saham parti politik dalam syarikat media, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.

Beliau memberitahu persidangan Dewan Rakyat hari ini bahawa kajian itu perlu bagi mengelakkan laporan berita yang berat sebelah.

— BERNAMA