Pegawai FBI, DoJ jumpa Pasukan Petugas Khas 1MDB

DoJ dan FBI berkata, permohonan mereka sebelum ini tidak dilayan dan ditolak.

Pegawai dari Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat bertemu dengan Pasukan Petugas Khas 1MDB (PPK1) hari ini.

Ia bertujuan bagi mempercepatkan proses membawa balik wang yang dicuri dari 1MDB.

Menurut kenyataan bersama dari PPK1 hari ini, pasukan itu disertai oleh kesemua anggotanya iaitu bekas peguam negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed, Ketua Cawangan Khas, Datuk Seri Abdul Hamid Bador dan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.

Mesyuarat mengenalpasti bahawa FBI pernah menghantar surat kepada bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad pada 13 November 2016 bagi memohon bantuan penyiasatan terhadap 1MDB tetapi tidak mendapat sebarang maklum balas.

DoJ juga telah menghantar surat kepada Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali pada 22 September tahun lalu, bagi meminta bantuan melalui Bantuan Undang-undang Bersama (MLA) tetapi ditolak.

Ini kerana, kata DoJ diberitahu, ia tidak dapat diberikan kepada ia akan mengganggu siasatan yang sedang dijalankan oleh Malaysia.

9.7
OVERALL SCORE
: 10.0
2 user votes x 9.5
CATEGORIES
TAGS