Pegawai Jabatan Pendidikan Terengganu kurang budi bahasa, dakwa MB Terengganu

Pegawai Jabatan Pendidikan Terengganu kurang budi bahasa, dakwa MB Terengganu

Menteri Besar Terengganu Datuk Dr Ahmad Samsuri Mokhtar meluahkan rasa kekesalan apabila beliau dan isterinya berhadapan dengan sikap seorang pegawai Jabatan Pendidikan Terengganu yang tidak profesional dan kurang budi bahasa.

Dalam kejadian yang berlaku pada Isnin lalu jam 11.30 pagi itu, ke Pejabat Pendidikan Kuala Terenggnu yang terletak di Wisma Persekutuan, beliau dan isteri mahu menguruskan pertukaran sekolah anaknya ke sebuah sekolah menengah di Kuala Terengganu.

Beliau memuat naik luahan rasanya di facebook berkata:”Saya merasa sangat terkilan dengan sikan kurang budi bahasa dan profesionalisme seorng pegawai di kaunter untuk urusan sekolah menengah, bila bercakap kasar dan sombong,” ujarnya.

Katanya lagi, jika beginilah sikap setengah pegawai yang berurusan dengan rakyat, ujarnya, tentulah ianya adalah sangat memalukan.

Justeru beliau turut berkata, akan membawa insiden itu kepada Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.

“Sudah tentu saya akan memaklumkan pada Menteri Pendidikan bila bertemu nanti- iaitu sebahagian isu kerosakan profesionalisme,” ujarnya lagi.

 

 

 

 

 

CATEGORIES
TAGS