Malaysia Dateline

Pegawai JSJ IPD Gombak ditahan terima suapan bebas tahanan

 

Seorang Inspektor polis ditahan pada Rabu lalu kerana disyaki terlibat dalam kes menerima suapan bagi membebaskan seorang tahanan terbabit dalam kes culik.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata anggota berusia 32 tahun,

yang bertugas sebagai pegawai penyiasat di Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak, kini direman selama tujuh hari yang akan berakhir pada Rabu depan.

“Pegawai berkenaan ditahan pada pagi Rabu lalu di tempat kerja beliau oleh sepasukan anggota polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Jumlah suapan masih lagi dalam siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 17 Akta SPRM 2009,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Difahamkan tahanan berkenaan terlibat dalam satu kes penculikan membabitkan seorang pengurus syarikat pengangkutan di Rawang, pada 25 Januari lalu.

Tahanan bersama empat yang lain kemudian berjaya ditahan oleh polis dalam beberapa serbuan di Rawang dan Lembah Klang pada keesokan harinya dan polis turut berjaya menemui wang tebusan yang dibayar oleh keluarga mangsa.