Malaysia Dateline

Pegawai kanan Pusat Khidmat MCA positif Covid-19

Pusat Perkhidmatan dan Aduan Ibu Pejabat MCA telah ditutup selepas seorang pegawai kanannya disahkan positif Covid-19.

Menurut kenyataan Ibu Pejabat MCA, selepas mendapat maklumat tersebut, pejabat berkenaan yang terletak di tingkat 7 Wisma MCA telah ditutup untuk membolehkan kerja-kerja sanitasi dilakukan.

“Ibu Pejabat MCA juga telah menguruskan agar semua kakitangan di jabatan berkenaan menjalankan ujian Covid-19,” kata kenyataan itu.