Malaysia Dateline

Pegawai Khas Senator Ras Adiba positif COVID-19, Dewan Rakyat ditangguh awal

Pegawai khas Ahli Dewan Negara Senator Ras Adiba Radzi disahkan positif COVID-19 selepas melakukan ujian saringan baru-baru ini.

Menurut Ras Adiba, beliau dan seramai 10 orang ahli keluarganya sedang menunggu keputusan saring COVID-19.

“Saya ingin memohon maaf sekiranya telah menyusahkan mana-mana pihak susulan kejadian yang telah menimpa saya dan keluarga.

“Namun saya redha dengan apa jua dugaan dan cabaran yang mendatang. Saya memohon agar Yang Esa melindungi kita semua dari wabak pandemik COVID-19 ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini .

Pegawai Khas terbabit iaitu Cik Ras Afiona Radzi merupakan adik beliau.

Hari pertama sidang Dewan Rakyat ditangguhkan awal pada jam 1.00 tengah hari ekoran didapati ada kakitangan Dewan Negara dijangkit COVID-9.

Menteri undang-undang Takiyuddin Hassan memberitahu Dewan Rakyat ketika membentangkan usul penangguhan awal sebentar tadi.