Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Pegawai penyelidik Anwar Ibrahim yang dibelasah bermasalah disiplin dan dadah

Pegawai penyelidik Anwar Ibrahim yang dibelasah bermasalah disiplin dan dadah

SITI NUR ZAWANI MISCONJune 10, 2019 5:40 pm




Setiausaha Akhbar, Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini tampil memberi kenyataan balas berhubung seorang Pengerusi Perhubungan Negeri Parti Keadilan Rakyat (PKR) didakwa membelasah pegawai penyelidik parti itu pada bulan Ramadan lalu.

Tunku Nashrul Abaidah dalam kenyataannya hari ini memaklumkan bahawa pengadu yang membuat laporan polis setelah dipukul dengan teruk, merupakan penyelidik sukarela dan mempunyai masalah disiplin dan dadah.

Tambahnya, mangsa tersebut juga telah dibuang kerja kerana masalah yang dilakukan.

“Saksi di pejabat memaklumkan bahawa individu tersebut mempunyai kecederaan lampau dan bukannya disebabkan insiden seperti yang dituduh.

“Saksi juga memberitahu individu terbabit masuk ke premis tanpa izin pada hari kejadian. Malah, tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku seperti yang diperkatakan individu terbabit.

“Wakil pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim juga sudah melakukan laporan polis terhadap individu tersebut,” katanya.

Suspek sebelum ini merupakan salah seorang pegawai Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini ditahan dan disiasat atas dakwaan mendatangkan kecederaan ‘parah’, manakala mangsa pula adalah seorang penyelidik yang bekerja dengan Anwar.

Memetik laporan Malaysia Gazette, mereka berdua dikatakan telah bertelagah mulut sebelum pertengkaran itu menjadi lebih serius dan bertukar ganas apabila mangsa dikasari dengan teruk.

Dalam kejadian itu, mangsa dikatakan mengalami keretakan tulang, selain kecederaan lain.

Susulan kejadian itu, mangsa bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Petaling Jaya pada 26 Mei lalu dengan melampirkan laporan perubatan dari sebuah hospital swasta.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, yang dihubungi MalaysiaGazette, mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Bukan setakat 2 kolam, 100 kolam pun Pas sanggup masuk

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Darurat mesti cepat bukan lambat

Not all politicians are humble, but this one is

Solidariti pemimpin DAP hulur bantuan pasca banjir Pahang

“Yang mana mau ikut, Menteri Kanan atau Menteri Wilayah”

Pemuda Umno edar ayam percuma dikecam, bimbang wujud ‘Kluster Ayam Beku’

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production