Malaysia Dateline

Peguam perjelas pada orang ramai, polis tak boleh minta ‘password’ telefon bimbit jika bukan untuk siasatan

Akhir-akhir ini banyak kes berlaku membabitkan orang awam, mahasiswa dan aktivis yang ditahan pihak polis atas satu-satu dakwaan yang dilaporkan pihak ketiga.

Bagaimanapun, tidak semua mempunyai pengalaman berdepan dengan pihak polis lebih-lebih lagi apabila diminta untuk hadir ke balai bagi membantu siasatan.

Ada keadaan yang memerlukan kerjasama anda untuk menyerahkan telefon bimbit kepada pihak polis sebagai bukti siasatan.

Di sini, perkara penting yang anda perlu tahu adakah pihak polis dibenarkan untuk mendapatkan kata laluan (password) telefon anda.

Seorang peguam yang dikenali sebagai Syahredzan Johan, menjelaskan bahawa perkara tersebut adalah dibenarkan biarpun polis berkenaan tidak mempunyai waran untuk mendapatkan akses kepada telefon bimbit pihak yang disyaki.

“Boleh ke polis dapat akses kepada telefon bimbit kita jika ada pasword? jawapannya boleh.

“Ikut undang-undang kalau ada siasatan, polis boleh dapatkan password kita dan mereka tidak perlu pun dapatkan waran untuk dapatkan password.

“Kalau kita tak bagi password, mungkin dikatakan menghalang siasatan polis. Tetapi kenalah ada siasatan. Tak boleh saja-saja nak dapatkan password,” katanya dalam satu video pendek yang dikongsikan di Twitter hari ini.

Pada masa sama, beliau turut menasihatkan agar orang ramai sentiasa cakna dan ambil tahu hak anda sebagai orang awam ketika berurusan dengan pihak polis.

Baca juga: Netizen pertikai sekolah jemput ‘ikon pemotoran tak diiktiraf’ beri motivasi pada pelajar

Baca juga: Kedai makan pemilik wanita yang tular dipeluk lelaki akan disiasat JHEAT