
Peguam sahkan Yusoff jalani ujian poligraf hari ini
Bekas pembantu penyelidik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhammad Yusoff Rawther akan hadir ke Bukit Aman hari ini untuk menjalani ujian poligraf dalam siasatan kes dakwaan dia dicabul pada Oktober lalu.
Memetik laporan Malaysiagazette hari ini, penguam kepada Yusoff, Datuk Mohammed Haniff Kathri Abdulla mengesahkan ujian poligraf itu.
Beliau merupakan peguam Yusoff yang baru-baru ini membuat satu akuan berkanun mendakwa berhadapan serangan seksual seorang pemimpin politik terkenal yang juga bekas majikannya tahun lalu.
Maklumat mengikut sumber polis mendakwa Yusoff akan hadir di Bukit Aman pukul 3 petang ini.
Muhammed Yusoff dirakam keterangan oleh polis berhubung Akuan Bersumpah (SD) serta laporan polis di IPD Sentul dibuat pada 7 Disember lalu atas dakwaan menjadi mangsa cabul Anwar.
Ia kemudian dinafikan Anwar sebelum beliau tampil ke Bukit Aman sebelum diambil keterangan selama sejam setengah minggu lalu dalam kes tersebut.
Kes disiasat D5 JSJ Bukit Aman mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 223 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998