Malaysia Dateline

Peguam Syarie Johor ucap tahniah kepada Mohd Naim

Persatuan Peguam Syarie Malaysia Negeri Johor (PGSMNJ) hari ini mengucapkan tahniah kepada Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) yang baharu.

Pengerusinya Yunos Ismail berkata pihaknya mendoakan Mohd Na’im menjalankan tugas dengan penuh amanah, dedikasi dan berintegriti sekali gus dapat meneruskan kecemerlangan jabatan berkenaan.

“Saya mewakili seluruh peguam-peguam syarie negeri Johor mengucapkan tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada Datuk Dr Mohd Na’im,” katanya dalam suatu kenyataan.l

Semalam,  Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dalam satu kenyataan  mengumumkan pelantikan Mohd Na’im sebagai  Ketua Pengarah JKSM yang baharu.

Mohd Na’im sebelum ini menjawat jawatan Ketua Hakim Syarie di Jabatan Kehakiman Syariah Selangor dan Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga di JKSM.

Beliau juga pernah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Selain itu, beliau berpengalaman menganggotai Panel Majlis Perundingan Islam serta menjadi Anggota  Jawatankuasa Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).- BERNAMA