Malaysia Dateline

Peguam tolak tindakan polis, Siti Hasmah tidak harus disiasat

Peguam Mohamad Hanipa Maidin mempersoalkan tindakan polis Bukit Aman mengambil keterangan Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali sebagai satu tindakan yang mengelirukan dilakukan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau berkata, daripada laporan media berkaitan keterangan yang dibuat oleh Dr Siti Hasmah yang hadir untun diambil keterangan bukannya menyiasat sebagai sebahagian prosedur di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah (CPC).

” Media melaporkan pengarah CID Bukit Aman kata polis hanya ambil keterangan Tun Hasmah dan bukan siasat.

“Jujurnya, saya keliru. Bukankan apabila polis ambil keterangan Tun Hasmah di bawah seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah ( CPC ) itu adalah sebahagian daripada proses siasatan jenayah?

Mohamad Hanipa Maidin

“After all, di bawah seksyen 112 CPC, hanya polis yang siasat kes ( IO ) sahaja yangg boleh ambil keterangan Tun Hasmah. So, itu bukan siasatan ke?” soalnya dalam kenyataan hari ini.

Pada Jumaat Dr Siti Hasmah telah hadir ke Bukit Aman untuk memberikan keterangan susulan ucapannya pada perhimpunan ‘Wanita Bantah Politik Toksik’ di ibu negara pada September lalu.

Peguamnya, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, isteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu menjawab semua 12 soalan dikemukakan polis sepanjang sesi soal siasat berkenaan.

Mohamad Hanipa yang juga Ahli Parlimen Sepang berkata, walaupun kehadiran Dr Siti Hasmah memberikan keterangan tidak salah di bawah seksyen 112 CPC tetapi mengapa isteri kepada Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tun Dr Mahathir Mohamad itu dakwanya, kerana tindakan suaminya yang menentang Umno itu, dilihat sebagai satu intimidasi.

“Bukanlah salah, tapi isunya, kenapa beliau? Kalau Tun M tak kuat hentam MO1 dan masih dalam Umno , Tun Hasmah kena panggil tak?

“Sedangkan saya percaya ramai lagi individu lain yang juga hadir dalam himpunan purple tu. Itu isunya tuan. Dan itulah yang orang ramai tafsir ia satu intimidasi.

“Disuruh pergi ke balai polis warga emas , lepas tu wanita lagi, sudah tentu tak sama dengan disuruh ambil BRIM misalnya.

“Yang pertama dikira macam intimidasi(beri keterangan), yang kedua pula ditafsir ada orang nak kasi (BR1M).

“Lagi satu orang juga confuse awat isteri orang yang beli belian daripada wang kleptokrasi tak pula dipanggil polis untuk beri keterangan?,” soal Hanipa lagi.

Lebih 1,000 orang termasuk ahli politik dan aktivis hak wanita menyertai perhimpunan pada 10 September 2017 itu.