Malaysia Dateline

Pejabat Anwar jadi pusat kumpul sumbangan untuk mangsa banjir

Bencana bah besar paling buruk melanda Selangor menyaksikan pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi pusat pengumpulan barangan yang akan diagih kepada mangsa banjir.

Pejabat Presiden PKR di Petaling Jaya kini mengumpulkan barangan keperluan hasil sumbangan beliau serta rakan-rakannya untuk penduduk terjejas.

“Kami di AIC (Anwar Ibrahim Club) akan menjadi penggerak utama untuk menyalurkan bantuan ini supaya sampai ke mereka yang selayaknya,” kata laman rasmi kumpulan tersebut.