Malaysia Dateline

Pejabat Imigresen dibuka berperingkat di Sarawak

Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia di Sarawak akan dibuka secara berperingkat bermula semalam.

Menurut satu kenyataan Jabatan itu di Kuching, Bahagian Keselamatan dan Pasport dibuka pada 4 Mei manakala Bahagian Visa, Pas dan Permit, Bahagian Khidmat Ekspatriat serta Bahagian Pekerja Asing dibuka pada 6 Mei.

Jelas kenyataan itu, Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan akan dibuka pada 13 Mei sementara Kaunter Paspot di semua pejabat Imigresen Pusat Tranformasi Bandar (UTC) bergantung kepada kepada keputusan Kementerian Kewangan.

“Pembukaan pejabat-pejabat Jabatan Imigresen Malaysia di Sarawak adalah berbeza dengan Semenanjung Malaysia kerana mengambil kira peraturan-peraturan yang sedang dikuatkuasakan oleh Kerajaan Negeri Sarawak,” ujar kenyataan itu.

Sehubungan itu, untuk pertanyaan, hubungi Bilik Gerakan Jabatan Imigresen Malaysia, Sarawak di talian 082-429437 atau Pegawai Perhubungan Komunikasi Korporat di talian 082-246267 bagi keterangan lanjut.