Malaysia Dateline

Pejuang sedia khidmat guaman percuma untuk mangsa banjir

Peguam Pejuang cakna akan isu-isu perundangan yang mungkin timbul lanjutan dari tragedi banjir yang berlaku di seluruh negara khususnya di Selangor tatkala ini dan juga kegentingan serta keperluan segera untuk membantu hak-hak mangsa banjir.

Presidennya, Datuk Seri Utama Mukhriz Mahathir (MM) melalui lama fb MM FC berkata, Peguam Pejuang menzahirkan komitmen dan bantuan untuk mengerahkan segenap anggota untuk melihat dan menasihati secara ‘pro bono’ sebarang masalah undang-undang yang mungkin berbangkit.

“Secara amnya ia adalah bagi membantu menuntut kehilangan harta-benda dan kerosakan, pengurusan bagi sebarang tuntutan pusaka akibat kematian dan secara khusus bagi sebarang tuntutan kecuaian teehadap pihak berkuasa tempatan dan kerajaan(jika perlu).

“Mangsa banjir boleh menghubungi Peguam Pejuang melalui saluran messenger laman rasmi FB Peguam Pejuang.

“Dalam masa yang sama Peguam Pejuang juga telah mengerahkan anggota-anggotanya untuk membantu secara fizikal dan mereka ini boleh dihubungi terus di lapangan sekiranya perlu,” ujar beliau.