Malaysia Dateline

Pejuang tidak bertanding, bagi sokongan penuh pada Warisan

Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) menegaskan parti itu tidak meletakkan calon untuk bertanding di mana-mana kerusi DUN di PRN Sabah.

Presiden penaja, Mukhriz Tun Mahathir berkata, Pejuang menyokong penuh Parti Warisan Sabah dan sekutu-sekutunya di dalam PRN ini.

Dengan itu, katanya, wakil-wakil Pejuang akan berkempen untuk calon-calon Warisan Plus bagi menzahir sokongan itu.

“Sesiapa yang mengakui dirinya mewakili Pejuang dan menyertai PRN Sabah, tidak langsung berurusan dengan kepimpinan Pejuang, jauh sekali mendapat restu kami sebagai calon Pejuang pada PRN tersebut,” katanya dalam satu kenyataan ringkas.

Sebelum ini, Timbalan Presidennya, Datuk Marzuki Yahya berkata, ruang perlu diberikan kepada Ketua Menteri Sabah itu mempertahankan kerajaannya pada PRN ini.