Malaysia Dateline

Pejuangnita tuntut tindakan serius terhadap Instafamous lucah

Pejuanita Pulau Pinang mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ‘instafamous’ yang dikenali sebagai Safiey Ilyas dan @ pipinatasha yang dilihat tidak bermoral dengan aksi lucah menerusi aplikasi instagram baru-baru ini.

Ketuanya, Rozinah Latif dalam satu kenyataan kepada Malaysia Dateline berkata, pihak berkuasa wajib mengambil tindakan tegas dengan lebih serius khususnya Kementerian Komunikasi dan Multimedia (MCMC) serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

“Insiden yang berlaku dengan sengaja cuba menarik perhatian remaja di bawah umur dengan menayangkan aksi-aksi yang menjolok mata menerusi aplikasi instagram untuk tujuan ‘content’ dan publisiti murahan sekiranya tidak dikawal sudah pasti akan adanya banyak lagi unsur pedofilia.

“Perkara ini tidak harus dipandang ringan oleh pihak berkuasa seperti MCMC dan juga KPWKM serta perlu mengambil langkah proaktif dan efektif bagi membanteras gejala ini dari terus merebak umpama virus yang lebih parah.

“Seandainya pihak wajib tidak membendung aktiviti ini dengan segera, adalah dibimbangi ia akan mampu meningkatkan statistik dan peratusan kes berkaitan dengan jenayah seksual remaja bawah umur dengan angka yang lebih tinggi serta mampu memberi imej yang lebih buruk kepada negara serta peradaban masyarakat Malaysia ketika ini, “jelas beliau.

Sejajar dengan iti ia mendesak pihak berkuasa supaya segera bertindak dan menyekat aktiviti tidak bermoral yang sedang berleluasa menggunakan aplikasi instagram sepertimana yang dilakukan oleh ‘instafamous’ tersebut.