Malaysia Dateline

Pek DIY bahan kempen Pakatan Harapan tanpa bayaran untuk rakyat

Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Wan Azizah sedang meneliti maklumat kempen yang terdapat dalam sistem yang dibangunkan oleh PH bagi tujuan menghadapi pilihan raya akan datang.

Pakatan Harapan (PH) hari ini melancarkan Pek DIY (Do It Yourself) satu medium menerusi media sosial secara percuma kepada rakyat dalam menghadapi kempen pilihan raya umum akan datang.

Dengan pengguna internet seramai 22juta iaitu 71% daripada 31juta rakyat negara ini, adalah peluang terbaik bagi PH menyampaikan maklumat kepada rakyat melalui media sosial.

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya PH Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat kerana skandal 1MDB dan GST yang menyebabkan rakyat semakin sensara.

“Apakah yang boleh anda buat untuk pastikan kerajaan BN yang dipimpin Perdana Menteri Mohd Najib Razak ini tumbang berkongsilah maklumat yang disediakan sebagai kempen untuk pilihan raya akan datang,” ujarnya dalam ucapan aluannya yang diadakan di Ibupejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia di Petaling Jaya petang ini.

Atas kesedaran itu PH telah membangunkan pek DIY kempen pilihan raya PH untuk dijadikan medium menyebarkan maklumat kempen.

Pek DIY ini mempunyai pek yang lengkap bahan-bahan kepen pilihan raya yang boleh dimuat turun oleh sesiapa sahaja dan kemudiannya dicetak dan disebarkan.

Difahamkan terdapat risalah, poster dan sticker yang boleh dimuat naik menerusi laman sesawang www.pakatanharapan.com.my atau googledrive bit.ly/DIYKempehPH bagi mendapatan pek DIY kempen pilihan raya PH ini.

Antara pimpinan kanan PH yang turut hadir dalam pelancaran Pek DIY yang diadakan di Petaling Jaya petang ini.

Pek DIY ini juga panduan bagi pengundi dalam bentuk video dan poster yang boleh dijadikan bahan rujukan kepada bakal pengundi. Ianya penting bagi pengundi mengetahui prosedur dan hak mereka sebagai pengundi.

Rakyat juga berpeluang untuk menghantar karya-karya kreatif mereka dalam bentuk poster dan video kepada urusetia untuk dikongsi di platform ini.

Selain itu profil calon-calon pilihan raya PH juga akan disediakan untuk rakyat mengenali lebih dekat bakal calon-calon PH yang akan bertanding kelak.

Turut hadir hari ini Pengerusi PH Tun Dr Mahathir Mohamad Presiden PH Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan pimpinan tertinggi PH.

Tayangan video pek DIY itu juga ditontonkan kepada hadirin kemudian Dr Mahathir dan Dr Wan Azizah melihat isi kandungan portal Pek DIY sebagai merasmikan Pek DIY pada majlis diadakan petang ini.