Malaysia Dateline

Pekerja Lynas desak kerajaan pertimbang semula keputusan elak hilang pekerjaan

Jumaat Mansor

Seramai 130 pekerja Lynas berdemonstrasi di luar bangunan parlimen hari ini untuk mendesak kerajaan mengikuti saranan yang dibuat oleh Jawatankuasa Kajian Semula Lynas baru-baru ini.

Pengurus Sumber Manusia Lynas Malaysia, Jumaat Mansor berkata, sekiranya kerajaan tidak mengikuti saranan jawatankuasa tersebut ia akan menyebabkan pekerja Lynas di Malaysia akan kehilangan sumber pendapatan kerana akan berlaku pemberhentian pekerja.

“Jawatankuasa itu menyatakan Lynas perlu melalui proses yang rendah risiko dan mencadangkan waste (sisa buangan radioaktif) yang ada perlu diletakkan dalam sotro simpanan tetap. Setelah gagal baru dihantar ke Australia.

” Bagamaana kerajaan menetapkan waste terus di hantar ke Australia untuk tujuan penyimpanan tanpa mengikuti cadangan yang disarankan oleh Jawatankuasa,” ujarnya kepada media di perkarangan Parlimen hari ini.

Beliau berkata apabila lesen Lynas Malaysia tidak diperbaharui, akan menjejaskan peluang pekerjaan kepada pekerja Lynas di negara ini yang mana tiga peratus sahaja pekerja Lynas dari Australia dan selebihnya adalah warga tempatan.

“Hari ni kami Mewakili pekerja lynas, bukan wakil kepada pengurusan

“Kami nak keadilan dan jaminan kerja.

“(Kami) terdiri daripada supervisor, technician, pekerja bawah, semua pekerja tempatan,” katanya.

Memorandum dua muka surat itu diserahkan bersama kertas semakan kesan ekonomi sekiranya syarikat itu dihentikan operasinya. yang  ditujukan kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad beserta lima lagi pimpinan kanan kerajaan lain.

Ia diterima oleh Pegawai Tugas-Tugas Khas Kementerian Luar Negeri, Adli Zakuan di luar perkarangan Parlimen.

Pada 4 Disember lepas, Jawatankuasa Eksekutif Penilaian Operasi Lynas Advanced Material Plant (LAMP) yang dikeluarkan oleh Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin, supaya sejumlah besar sisa buangan yang telah disimpan di premis penapisannya di Gebeng dipindahkan ke Australia sebelum tempoh lesen penstoran untuk jenis sisa itu tamat pada September 2019.

 

Terdapat 1,000 jawatan tetap dan 4,000 jawatan tidak langsung akan menerika kesan sekiranya lesen Lynas tidak diperbaharui dan penstoran sisa dipindahkan ke Australia.