Malaysia Dateline

Pekerja teknologi maklumat didakwa bunuh Syed Muhammad Danial

Seorang pekerja di bahagian teknologi maklumat dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh Syed Muhammad Danial Syed Shakir dalam kejadian langgar baru-baru ini.

Yew Wei Liang, 41, yang memakai baju T dan seluar hitam hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Nor Afidah Idris.

Pengakuan tidak direkodkan daripada lelaki itu kerana kes bunuh adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Tertuduh didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian Syed Muhammad Danial, 29, di Kilometer 293.6 di Lebuhraya Utara-Selatan (Kuala Lumpur-Seremban) di sini antara 1 dan 2 petang, 10 Ogos lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.–BERNAMA