Semalam, ramai yang terkejut dengan jumlah positif Covid-19 yang melepasi 11,000 kes. Sebenarnya jika jumlah itu dari hasil saringan besar-besaran, bukanlah satu kegagalan.
Ia tindakan yang tepat. Ini dilakukan banyak negara hatta Singapura terhadap semua pekerja asing di penginapan mereka. Jadi, fahamkan sebab apa sejak awal Dr Dzulkefly Ahmad minta dibuat saringan besar-besaran?
Saringan besar-besaran ini sepatutnya dilakukan seawal Jun ketika lockdown dilaksanakan, ketika rakyat dikurung di rumah.
Malangnya, itu tidak berlaku, seolah-olah tiada perancangan. Sudah hampir sebulan lockdown, baru diumumkan PKPD dan saringan dibuat.
Bila masa lockdown terheret lebih lama, bayangkan PKPD yang sepatutnya tamat beberapa hari lagi belum menampakkan cahayanya. Sebab apa?
Disebabkan lockdown itu pada awalnya dilaksanakan atas tujuan politik, saringan sengaja dikurangkan untuk menunjukkan lockdown berjaya mengurangkan kes. Akhirnya lebih banyak kluster terbentuk dan komuniti terjangkit.
Sepatutnya, semua ini sudah dijangka. Apabila buat lockdown, kerajaan sepatutnya sudah menetapkan umpamanya saringan ditingkatkan daripada 100,000 saringan sehari kepada sehingga 300,000 sehari.
Malangnya, saringan diturunkan kepada 50,000 hingga 60,000 atas sebab apa? Politik semata-mata. Nak nampak mereka berjaya kawal wabak.
Umpamanya jika kerajaan punya perancangan rapi, katakanlah untuk laksanakan 300,000 saringan sehari, jangkaan ini sudah masuk dalam perancangan kerajaan, persediaan katil, tempat kuarantin, ICU dan hospitaliti dapat direncanakan dengan baik.
Maka, tidak adalah pesakit kritikal terpaksa tidur di lantai, duduk menunggu rawatan. Kematian yang berlaku akibat kelemahan perancangan dan kerajaan.
Itu dilakukan Singapura tahun lepas ketika Malaysia hanya mencatatkan 3,000 kes. Apabila saya kata tindakan Singapura tepat, ada sahabat gelakkan. Dia kata Singapura yang kecil sudah positif lebih 50,000 kes, sedangkan rakyat dia cuma 5 juta.
Padahal, semua semua tindakan kerajaan Singapura dirancang rapi. Semua dalam jangkaan, jadi ianya terkawal.
Tahu tak berapa kes kematian di Singapura apabila 50,000 didapati positif Covid-19? Hanya ada pertambahan tujuh kematian sepanjang lima bulan.
Malaysia hari ini? 100 kematian sehari. Itu beza pemimpin yang ada kebijaksanaan dengan tidak sampai Mufti pun meninggal dunia sebab Covid-19.
Tahu tak akibat besar dari kesilapan kerajaan ini? Bukan saja membunuh rakyat tetapi membunuh ekonomi. Akan datang membunuh pekerjaan dan pendapatan rakyat.
Bayangkan kilang sudah hampir dua bulan ditutup. Apalagi PKS dan IKS. Rasanya apa akan jadi? Jika jangkaan penganalisis 500,000 syarikat bakal gulung tikar.
Banyak kilang dan pelabur lari dari Malaysia. Apa kesan pada pekerjaan dan pendapatan rakyat? Kerajaan mana fikir semua ini. Kerajaan anggap rakyat pelabur macam depa. Hujung bulan ada gaji.
Maka benarlah, ini kerajaan yang gagal. Ada Penasihat Kesihatan pun bodoh. Penasihat Ekonomi pun bodoh. Depa tahu sumbat rakyat dengan moratorium dan i-Sinar.
Pemimpin yang baik fikir kekalkan pekerjaan dan pendapatan rakyat. Depa ini merosakkan negara.
Inilah bencana besar kita selepas ini, bencana ekonomi. Tapi Nabi dah pesan, apabila amanah diserah bukan kepada ahlinya, maka tunggulah saat kehancuran.