Pelaburan bukan mesen judi boleh untung sekelip mata, kata Pemuda AMANAH

Pelaburan bukan mesen judi boleh untung sekelip mata, kata Pemuda AMANAH

Kenyataan naib ketua Pemuda Umno Khairul Azan Harun kononnya dividen tinggi diperolehi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah hasil pelaburan dana awam itu di Amerika Syarikat dibidas Pemuda AMANAH.

Malah Pemuda Umno diiingatkan bahawa pelaburan di Amerika Syarikat bukanlah seperti mesen judi di Las Vegas yang boleh membawa keuntungan dalam satu malam.

Timbalan ketua Pemuda AMANAH Nasional Faiz Fadzil turut mempersoalkan kebijaksanaan Khairul Azwan yang juga dikenali sebagai Azwan Bro yang mempertahankan kewajaran pelaburan KWSP di Amerika Syarikat ekoran bayaran tinggi dividen KWSP tahun ini.

Sebaliknya, pemimpin Pemuda Umno itu diingat supaya tidak mengabaikan kerugian KWSP sebanyak RM200 juta berkaitan langganan bon 1MDB dan pembelian loji tenaga anak syarikat 1MDB Panglima Power Sdn Bhd dan Jimah Energy Ventures Sdn Bhd sebanyak RM1.52 bilion.

“1MDB adalah sebuah syarikat yang nazak seperti mana dilaporkan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bahawa ia berhutang sebanyak RM50 bilion dan oleh itu bagaimana pelaburan KWSP dalam 1MDB boleh membawa pulangan baik kepada KWSP?” soal Faiz.

Khairul Azwan Harun

Mengulas lanjut, Faiz berkata 1MDB juga terpalit dengan pelbagai skandal penyelewengan wang negara sehingga menyebabkan penyusutan nilai Ringgit yang mengakibatkan kemerosotan ekonomi dan kenaikan harga barang.

Maka, ujarnya pembayaran dividen KWSP yang tinggi tidak membawa apa-apa makna dalam menangani beban hidup rakyat kerana masalah ekonomi tidak diselesaikan secara holistik.

“Jika Azwan Bro merujuk pelaburan KWSP di Amerika Syarikat sebagai pelaburan sebanyak USD4 bilion dalam lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada September 2017, ia adalah satu dakwaan yang sangat naif kerana tidak mungkin dalam tempoh yang singkat ini, KWSP telah memperolehi keuntungan yang tinggi.

“Sesuatu pelaburan bukanlah seperti bermain mesin judi di Las Vegas yang boleh membawa keuntungan dalam satu malam,” jelas beliau.

8.3
OVERALL SCORE
: 5.0
2 user votes x 10.0
CATEGORIES
TAGS