Malaysia Dateline

Pelacuran dan prostitusi politik dalam keadaan berbeza

Pas khabarnya akan menghantar surat membantah akan kenyataan YBM Tengku Razaleigh Hamzah melihat (baca melihat) Pas sudah jadi pelacur politik, bila dilihat tidak ada pendirian yang jelas dalam perjuangan dan dasar Pas.

Sebenarnya tidak ada apa pun yang boleh menyinggungnya sensitif atas kenyataan Ku Li (sapaan yang selalu digunakan) oleh Pas. Jika Pas sebagai satu parti politik yang beristigamah.

Adakah tidak benar pelacur itu seorang yang melakukan hubungan badan yang kemudian di bayar? Dan adakah Pas tidak mendapat faedah bila memberikan sokongan kepada PPBM dan seterusnya bergabung dalam Perikatan Nasional.

Pas terlupa bahawa dia bergabung dengan Umno menubuhkan Muafakat Nasional atas prinsip ‘sama-sama kalah dan menghadapi musuh yang sama’ iaitu Pakatan Harapan.

Tetapi bila seramai 18 orang Pas melibatkan diri dalam penubuhan kerajaan Mahyuddin Yasin. Mereka sudah berubah. Mereka utamakan rakan barunya, dan kadangkala menyerang Umno.

Sebabnya mereka telah dapat habuan,  dari Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah bertaraf Menteri (gaji dan elaun sama dengan Menteri yang dilantik) hinggalah dilantik menjadi Menteri, Timbalan Menteri dan Pengerusi Badan Berkanun dan GLC. Pas sudah berubah.

Berbeza dengan Umno, walaupun bergabung dengan Perikatan Nasional tetapi tidak melacurkan prinsip perjuangan walaupun diberikan berbagai-bagai jawatan.

Maka ini maksud Ku Li. Jika seorang yang menjual maruah diri kerana habuan itu adalah pelacur. Maka apa salahnya apa yang Ku Li kata itu tidak betul?