Peladang, pengurus ladang dihadapkan ke mahkamah kerana ceroboh tanah Sultan Johor

Peladang, pengurus ladang dihadapkan ke mahkamah kerana ceroboh tanah Sultan Johor

Seorang peladang dan pengurus ladang dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini hari ini, atas pertuduhan menceroboh tanah Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, dekat Kahang, di sini, pertengahan bulan ini.

Peladang, Yean Fock Choi, 64, mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan manakala pengurus ladang, Gan Tong Chon, 62, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Pendaftar Mahkamah, Nor Aziela Sidek.

Kedua-dua lelaki terbabit dituduh dengan niat curang menceroboh secara jenayah dengan memasuki tanah Sultan Ibrahim di Mukim Kahang, Kluang, antara 11.45 pagi dan 2.53 petang, 16 Ogos lepas

TAGS