Tindakan seorang guru melempar buku pelajar hanya kerana tidak mampu membayar mengundang marah netizen.
Seorang guru yang dikenali sebagai Cikgu Nida memuat naik di status Facebook mengenai luahan hati pelajar tersebut.
“Cikgu marah dan campak keluar buku-buku yang saya tidak mampu nak bayar,” tulis hantarannya.
Wanita tesebut memaklumkan situasi tersebut berlaku semasa sesi pengagihan beg kepada budak-budak asnaf oleh salah seorang guru lain.
“Dia (pelajar) hanya beli yang cukup duit je, yang tak cukup duit nak bayar tu pihak berkenaan campak keluarkan dari susunan,” ujarnya di ruangan komen.
Seorang pengguna, Zalia Zzy terkejut dengan tindakan guru tersebut malah mengkritik kerana membezakan pelajar dengan taraf kekayaan.
“Tak semua ibu bapa berduit kan. Jangan layan orang mcm tu. Tak sesuai sangat dengan kerjaya seorang guru. Buat lah tanpa pilih kasih.
“Lagi sedih jika yg dicampak itu terkena pada ibu yang membesarkan anak yatim. Saya pernah berada dalam situasi itu.
“Ada seorang cikgu ni sanggup biayai keperluan anak saya. Mereka anak yatim. Sekarang anak dah besar. Memang saya kenang dan hargai guru tersebut sampai kini,” ujarnya.
Baca juga: Jutawan terkenal terpaksa meniaga tepi jalan nak bayar hutang RM30 Juta