Malaysia Dateline

Pelajar asnaf terima bantuan persekolahan awal di Tanjung Bako

Seramai 100 pelajar dari kalangan kekuarga golongan asnaf Sekolah Kebangsaan(SK)Tanjung Bako di Dewan Undangan Negeri (Dun) Demak Laut telah menerima bantuan awal persekolahan semalam.

Yang Dipertua Persatuan Ibubapa Guru (PIBG)Zaidi Omon berkata,bantuan tersebut adalah sumbangan daripada sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan bertujuan meringankan beban kekuarga yang kurang berkemampuan.

Katanya,dengan adanya sumbangan berkenaan akan dapat memberi semangat dan suntikan kepada murid-murid dalam melahirkan generasi yang cemerlang pada masa akan datang.

“Alhamdulilah…kita baru sahaja mengagihkan sumbangan bantuan awal persekolah kepada murid-murid SK Kampung Tanjung Bako semalam.

“Saya bagi pihak PIBG merakamkan terima kasih kepada NGO Yayasan Taqwa dan dibantu Persatuan Jalinan Harapan Baru yang telah menyumbangkan bantuan ini,” jelasnya.

Turut hadir pada majlis penyampaian itu ialah PK HEM SK Tanjung Bako Abdul Kadir Osman,guru-guru dan ibubapa pelajar.

Beliau turut berharap agar bantuan yang dihulurkan tersebut akan memberi semangat dan suntikan kepada murid-murid dalam melahirkan generasi yang cemerlang kelak,” katanya.

Sebelum ini seramai 376 murid dari sekitar kawasan Santubong telah menerima bantuan awal persekolahan pada Program ‘Jom Ke Sekolah 2020’ yang disumbangkan oleh Yayasan Taqwa Wilayah.

Murid-murid yang menerima sumbangan di kawasan Santubong adalah terdiri daripada empat buah sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan(SK)Pajar Sejingkat, SK Senari dan SK Beradek.

Program ‘Jom Ke Sekolah’ kali ini merupakan tahun ke-10 sumbangan dan bantuan berkenaan dilaksanakan yang melibatkan penerima di kawasan luar Wilayah Persekutuan.

Keseluruhannya seramai kira-kira 14,000 murid-murid telahpun menerima bantuan tersebut di seluruh negara.