Pelajar ‘backup’ cikgu yang diserang makcik kantin, dedah punca makanan tak laku

Oleh WAN SITI AMINAH

Baru-baru ini tular satu rakaman di media sosial yang memaparkan seorang wanita dipercayai pengusaha kantin memarahi guru kerana menjual makanan di sekolah.

Tindakan guru itu dikatakan telah mewujudkan persaingan sedangkan pengusaha kantin memang ditugaskan untuk menyediakan makanan dan minuman buat pelajar.

Dalam rakaman tersebut, terlihat beberapa jenis makanan yang didakwa dijual guru sekolah berkenaan termasuklah spagheti, bihun goreng, roti john, nasi lemak dan sebagainya.

Kesemua jenis makanan itu juga dijual kepada pelajar dengan harga yang sangat murah sekaligus memberikan saingan sengit kepada pengusaha kantin berkenaan.

Susulan tularnya rakaman tersebut, beberapa pelajar dari sekolah berkenaan malah tampil membela guru mereka dengan mendedahkan situasi sebenar yang berlaku.

Menurut pelajar, makanan disediakan oleh pengusaha kantin terbabit bukan sahaja tidak menepati citarasa malah turut dijual dengan harga yang kurang berpatutan.

Tahap kebersihan dapur kantin berkenaan turut menjadi persoalan berikutan pelajar sering menemui ‘harta karun’ di dalam makanan yang disediakan oleh pihak peniaga.

“Ini kios di sekolah saya, makanan kantin kotor dan tak sedap. Peniaga juga tak reti jaga kebersihan. Saya berani cakap sebab pernah dapat telur mata yang busuk dan popia bersama helaian rambut di dalamnya,” kata seorang pengguna.

“Saya juga seorang pelajar di sekolah itu. Makanan dekat kantin memang tak bersih. Bayangkan, nak makan telur goreng ada kulit sekali. Harga makanan pula mahal dan tak berpatutan. Nak sudu pun kena beli makanan dulu,” ujar pengguna lain.

@kim_selat

Pelik Betul Lah, Pihak Sekolah Dan Pengetua Tak Ambil Tahu Ke Tentang Masalah Ni, Mana Boleh Cikgu-Cikgu Berniaga Dekat Sekolah, Kan Dah Ada Kantin, Banyak Gila Pulak Tu Jual Barangan Makanan/Minuman, Apa Guna Ada Kantin, Kalah Cikgu Pulak Yang Nak Berniaga.? Baik Tak Payah Buka Kantin, Teruk Sangat Dah Ni, Sekolah Mana Lah Ni, Harap Pihak Berwajip Mengambil Tindakan Sewajarnya, Kesian Owner Kantin.. #fypppppppppppppppppppppp #malaysia #videoviral

♬ original sound – 카이릴 이즈완 – 카이릴 이즈완

Berjaya mencuri perhatian ramai, pendedahan pelajar ini dibuat menerusi ruangan komen TikTok dalam hantaran rakaman yang memaparkan pengusaha kantin terbabit memarahi guru.

Pelajar juga dikatakan sudah membuat aduan mengenai kualiti makanan dan kebersihan kantin tetapi penguasaha tersebut malangnya tidak dikenakan sebarang tindakan dan dibenarkan meniaga sehingga kini.

Mengulas lanjut, pelajar memaklumkan bahawa kios itu adalah sebahagian dari Program Tunas Niaga (Protune) yang dianjurkan oleh pihak sekolah untuk memupuk budaya keusahawanan murid.

Guru juga tidak meraih sebarang keuntungan daripada penjualan makanan tersebut sebaliknya pelajar yang menjaga kios berkenaan menerima gaji pada setiap bulan.

Baca juga: “Kecil-kecil dah jadi hantu durian”, budak 1 tahun berebut Musang King dengan mak ayah!