Malaysia Dateline

Pelajar boleh guna kasut hitam atau putih mulai tahun depan

Selepas kecoh tentang kasut hitam atau putih ketika Kementerian Pelajaran dipimpin oleh Dr Maszlee Malik, kini kasut hitam atau putih boleh digunakan oleh pelajar sekolah di seluruh Malaysia mulai tahun depan.

Dalam satu pekeliling yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia semalam memaklumkan Mesyuarat Profesional KPM pada 17 November 2020 memutuskan, kasut hitam atau putih boleh digunakan mulai tahun depan.

Pekeliling bil 4 tahun 2020 itu mengatakan, pelajar juga boleh memilih warna stokin mengikut warna kasut yang mereka pakai.

Namun, stokin hendaklah sama dengan warna kasut yang dipakai oleh pelajar berkenaan.

“KPM juga telah menetapkan bahawa kasut adalah yang diperbuat daripada kanvas atau dari bahan sintetik lainnya seperti nylon dan polyster yang mempunyai daya resap dan penyaluran gerak udara dengan mengambil kira faktor keselesaan, keselamatan dan kesihatan,” kata pekeliling itu.

Sebelum ini, Dr Maszlee dimainkan oleh media ekoran cadangan beliau untuk membenarkan kasut hitam digunakan oleh pelajar sekolah.